
Tan Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Al-Bukhary was born in 1951 and he is one of the respectable corporate figures in Malaysia. He hails from the same place of Tun Dr. Mahathir Mohamad, the state of Kedah.
Syed Mokhtar started his business in Johor in the 1990s dealing in rice. Today, his business empire has grown into areas such as plantation, property development, construction, engineering, power generation, infrastructure and ports.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary is the sixth richest man in Malaysia with RM 2 billion of wealth
To Be Continue….
note : Those who has an info for this MAN..pls do contact me






July 23, 2006 at 6:23 am
refer to the website on my link for info for this person
July 27, 2006 at 8:13 am
Assalamualikum,
Y.Bhg. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Dengan rendah dirinya saya sebagai wakil (Pengerusi PPTIPM) penduduk taman Pulai Indah Merlimau Melaka, ingin memohon derma ikhlas daripada Y.Bhg.Tan Sri untuk melengkapkan peralatan Surau kami yang masih di dalam pembinaan, Tiada tandas, tiada carpet dan sebagainya.
Diharap dengan kemurahan hati Y.Bhg.Tan Sri akan bertambah makmurlah segala apa yang di lakukan.
Wassalam
Mustapa 012-2128605
August 2, 2006 at 6:29 pm
Kami dari penduduk Taman Setiawangsa ingin meminta jasa baik Tan Sri untuk menjayakan projek Pengawal keselamatan (guard house) di kediaman kami,ini kerana sejak kebelakangan ini sering terjadi rompakan \,pecah rumah,dan samun. Oleh itu saya mewakili penduduk di sini ingin meminta bantuan dari tan sri,seperti pondok pengawal dan peralatan keselamatan. Diharapkan,mesej ini tidak diabaikan.
Kami mengucapkan berbanyak-banyak teriam kasih sekiranya tan sri boleh membantu dari segi kewangan,agar mudah bagi kami menjalankan rukun tetangga disekitar kediaman kami. Sekian Terima Kasih.
August 5, 2006 at 5:47 am
i’m nt understand why people post those statement here..i dun really like it anyway, bt at least i let it down there for a while..
sorry for that!!
September 25, 2006 at 1:09 pm
saya nak tahu tentang biodata Tan Seri,latar belakang pendidikan,jenis perniagaan yang diceburi,pengalaman berniaga,latihan dan krusus yang dihadiri,cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan perniagaan dan cara-cara mengatasi cabaran tersebut dan akhirnya kejayaan yang dikecapi oleh Tan Seri…
September 27, 2006 at 10:16 am
huyoo..it’s agak susah nak trace info tuh..but i’ll try to get it as much i can..anyway@ if you get some more, then mail it to me..how about that??:)
October 12, 2006 at 12:42 am
minta jasa baik datok memberi sumbangan membaiki mussala sekolah kebangsaan seri chempaka Jalan rambutan rendang Kota bharu. Ketiadaan air dan elektrik bagi kegunaan pelajar serkolah ini yang berjumlah 1200 oarang yang mana ia adalah dibawah kelolaan PIBG sekolah dan terbengkalai sejak tahun lepas lagi. harap jasa baik datO
October 31, 2006 at 3:30 am
i could c sum pepal misunderstood about dis entry neway..ahaks..
p/s:
im not good in eng..plz correct me if im wrong..thnx..
October 31, 2006 at 5:54 am
yeah!! definitely!!
p/s: your english is good enough, but the spelling is totally wrong..haha!! people might understand it, but it’s not good for practice and for those who beginner to english..what do you think?
February 6, 2007 at 12:48 am
Petikan kata-kata
Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
L/belakang Syed Mokhtar
- Umur – 53 tahun
- Pendidikan – SPM
- Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta – Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
February 26, 2007 at 4:48 am
Hi guys…
Sejak dr dulu lg bangsa kite sedar akan ‘kelemahan&kekurangan’ yg bangsa kite ada b’banding dgn bangsa2 lain especially bangsa Cina.
Tapi saya still not understand why?? bangsa kite still macam dulu lagi?!
Ingat!!Melayu tidak akan maju selagi Melayu sendiri yg sanggup menjatuhkan Melayu!!
Buang lah perasaan hasad dengki sesama Melayu…
March 1, 2007 at 12:58 pm
he is a guy that “do” more than “talk”.
March 20, 2007 at 2:01 pm
Assalaamu’alaikum wbr.
Pesan Syed Mokhtar
Minta saudara-saudara/saudari-saudari (yang beragama Islam) :
a) Bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh mencari rezki/nafkah yang halal bagi menampung hidup (diri & keluarga)
b) Berilmu dan sentiasa berani belajar perkara-perkara baru.
c) Beribadat & beramal agar segala usaha diberkatiNya di dunia dan akhirat.
d) Jaga HabluminAllaah dan Hambluminannaas serta Fardhu Ain & Fardhu Kifayah
March 28, 2007 at 4:13 am
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya adalah salah seorang dari anak melayu yang terus berusaha untuk menjadikan diri salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dunia dan akhirat serta menjadikan tan sri sebagai idola saya. Disini saya ingin memohon bantuan tan sri dengan senario trend perniagaan sekarang dimana banyak projek pembangunan untuk kolej teknikal telah dijadikan projek Turn-Key. Bagi saya trend ini akan membunuh banyak syarikat bumiputera yang lain. Walaupun projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat bumiputera tetapi syarikat tersebut langsung tidak membantu syarikat bumiputera yang lain. Mereka hanyalah memikirkan keuntungan semata-mata dan bagi kami sebagai syarikat yang kecil terpaksa berputih mata kerana kerajaan telah melaksanakan program PFI (Public Financial Insentif). Buat pengetahuan tan sri salah satu projek untuk kolej terknikal menelan belanja sebanyak hampir RM 400 juta. Cuba tan sri bayangkan berapa banyak nilai tersebut boleh membantu hampir 100 atau lebih bumiputera yang dengan diciptakan sebagai pembekal utama bagi produk diluar negara yang selama ini hanya dimonopoli oleh pihak bukan bumiputera dan islam.
Disini saya ingin mencadangkan pada tan sri untuk memwujudkan satu pakatan dengan beberapa buah syarikat dibawah satu syarikat yang diterajui oleh tan sri bagi membida beberapa projek yang lain. Sekurang-kurangnya pihak kerajaan tidak bergantung kepada sebuah syarikat sahaja untuk projek bagi kolej teknikal yang lain. Mengikut perangkaan saya terdapat lebih daripada 20 projek yang bakal dikeluarkan yang menelan belanjaan lebih daripada 1 billion. Segala bentuk pakatan ini boleh saya cadangkan pada secara terperinci. Tetapi berkemungkinan kesemua projek tersebut dibawah program PFI yang diketahui hanya syarikat yang mempunyai kemampuan sahaja boleh menawarkan pada kerajaan.
Saya amat berharap agar tan sri boleh memberikan tindakan serta memahami bahawa syarikat seperti kami tiada jalan lain selain mendapatkan sokongan daripada tan sri. Dan saya yakin dengan ada sokongan tan sri syarikat bumiputera yang ada kepakaran akan terus hidup dan mampu bersaing dengan yang lain. Insyallah saya akan cuba menerangkan bentuk perancangan dan serta memberikan maklumat mengenai syarikat bumiputera yang lain yang mempunyai kemampuan walaupun mereka merupakan persaing yang kuat bagi saya. Saya amat menghormati kebolehan mereka.
Akhir kata saya memohon kepada Allah swt agar tan sri boleh mendengar dan memberikan sokongan pada pembangunan ekonomi bumiputera serta masyarakat islam di Malaysia. Dan juga saya amat berharap dan berdoa pada Allah Swt agar dapat menghubungi saya dan mendengarkan cadangan saya ini yang saya buatkan bukanlah untuk kepentingan diri saya tetapi hampir kesemua syarikat bumiputera yang yang lain.
Sekian Terima Kasih,
Wassaalam.
April 1, 2007 at 2:51 pm
preved ot slesarya Vasi
August 12, 2007 at 1:27 am
BERSAMALAH MEMBANGUNKAN ISLAM……..
September 16, 2007 at 9:22 am
saya berbanga dengan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Tan Sri M. Saya rasa Tan Sri adalah idol saya.
Saya selalu terfikir,bangsa melayu Islam boleh maju jika mereka mempunyai ilmu dan kemahiran.Saya maksud dengan kemahiran di sini ialah kebolehan mengaplikasi ilmu secara cekap.Untuk dapatkan kemahiran mereka perlu ceburkan diri dalam medan sebenar bagi sesuatu perkerjaan.Model pendidikan yang baik ialah memberi ruang yang lebih banyak kepada aspek praktikal,dari situ seseorang akan menunjukkan kebolehan mereka.Mereka perlu banyak belajar “How to…” “How to do/resolve”.
Di sini saya mencadangkan Tan Sri membina “training center” untuk melatih Buiputera terlibat dalam seseatu bidang kerjaya terutama keusahawanan.Berikan mereka lebih banyak latihan praktikal untuk dapat kemahiran,pengalaman,kebolehan.Beri latihan supaya mereka mengalami kesusahan,kepayahan,kesabaran, biarkan mereka berkuli,sekalipun jadi kuli bangsa lain.Biar mereka belajar dan berkemahiran.
Sekian,harap mendapat perhatian
September 19, 2007 at 7:23 am
Assalamualaikum…
Bole sya tau web ni mmg owner dia Tan Sri ke atau ble trus berhubung dngan Tan Sri. Saya adalah slah seorng yg meminati dan menjadikan Tan Sri sebagai idola. Sya pun nak berjya sperti Tan Sri menjadi slah seorg billionaire melayu di msia ini.
Di mna sya ble dpatkan info untuk sya lebih mengenali Tan Sri dengan lebih mndalam untuk mempeajari selok belok dan pngalam beliau sbgai sorg entrepreneur yg berjaya. Maksud sya bkan sperti yg trdpat di wikipedia dan sbgainya untuk dijadikan sbgai smngat dan pelajran untuk sya untuk berusha dngan lebih kuat lagi.
February 14, 2008 at 9:34 am
assalamualaikum Tan Sri……..
Saya Laila seorang mahasiswa yang sedang menuntut Di Universiti Industri Selangor mengambil ijazah sarjana muda pemasaran dalam tahun 2. Untuk pengetahuan Tan Sri, Saya merupakan seorang anak jati Sabah yang dilahirkan di Tawau Sabah. tetapi saya tidak mendapat hak kewarganegaraan sebagai penduduk warganegara Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya tidak dapat bantuan kewangan drai mana-mana pihak mahupun ptptn ataupun mana-mana badan kewangan yang lain. saya berusaha selama setahun untuk memdapatkan bantuan kewangan pinjaman ataupun biasiswa tetapi gagal semat-mata status penduduk tetap saya. Saya buntu bagaimana lagi hendak mencari sumber kewangan bagi menampung kos pengajian saya di unisel sedangkan keluarga saya juga merupakan keluarga yang sederhana.
saya terpaksa mengeluarkan semua jumlah yang boleh dikeluarkan dalam akaun kwsp ayah saya sedangkan saya tahu itu adalah hak ayah saya yang tidak sepatutnya saya usik. tapi saya tidak mempunyai pilihan yang lain. yuran semester yang akan datang masih lagi tidak diketahui bagaimana saya hendak mendapatkan bantuan kewangan… kadang-kadang saya berasa hendakl saja berhenti pengjian disebabkan masalah ini tapi harapan ayah saya agar memperbaiki kehidupan melalui pendidikan teguh menghalang saya daripada berhanti walaupn saya tahu yang masalah saya ini tidak tahu sampai mana penghujungnya…………..
Saya sedar, usaha saya meminta-minta ini amat tidak digalakkan dalam islam tetapi saya telah melakukan pelbagai usaha sebelum ini namun semua berdepan dengan kegagalan….. bantulah saya Tan Sri…..
insan yang buntu,
laila,
universiti industri selangor
0172686001
sumandaksabah84@yahoo.com.my
February 20, 2008 at 1:13 am
boleh saya tau tan sri syed mokhtar nie ada brp orang anak….wife dia sapa…
July 27, 2008 at 8:23 pm
assalamualaikum tan sri..nama saya rasyid..berumur 20 tahun dan berasal dari sri manjung,perak.saya seorg bekas pelajar sek tahfiz swasta di gombak,kl.saya berminat dlam bidang perniagaan dan ingin menjadi seorg ahli perniagaan yg berjaya mcm tan sri..boleh tak tan sri tolong ajar dan support saya mcm mana nak jadi seorg ahli perniagaan yg berjaya sepaya saya dapat bantu org islam mcm tan sri?
November 6, 2008 at 11:03 am
Tahniah Tan Sri jadi contoh dan idola saya dalam mengejar kejayaan.
February 5, 2009 at 1:33 am
assalamulaikum Tan Sri,
sy merupakan pelajar uiam yg sedang mencari penaja untuk sy melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana. sy ingin tahu jikalau pihka Tan Sri ada menawarkan biasiswa untuk program ijazah sarjana.
jika ada, bagaimana cara untuk memohon?
kersama pihat Tan Sri amat sy hargai.
ini emel sy zarikhsofiah_iium@yahoo.com
May 8, 2009 at 9:22 am
macam mne saya nal apply biasiswa utk degree..???
June 1, 2009 at 7:15 pm
Penang Island is in need of such functional foundation like the one set up by TanSri Syed Mokhtar in Kedah to look into the needs of the Malays regardless political differences & various levels of capacity from education to employment.
Sadly, other existing yayasan are only “puppets” or politically inclined, except for YBI executing small scale tuition & programs for the community.